- GEMPA BUMI → Diukur dengan menggunakan sebuah alat yang dinamakan "seismograf“ dan saiznya di ukur dengan skalar Richter.
- GUNUNG BERAPI → Secara fizikal dan catatan seismograf.
- PUTING BELIUNG → Puting beliung amat sukar diramal dan ia hanya dapat diramalkan apabila titik tekanan rendah di dalam awan kumulonimbus dikesan oleh radar Doppler.
- TSUNAMI → Di Malaysia ,tsunami dielakkan dengan mewujudkan program Sistem Amaran Awal Tsunami Kebangsaan (SAATNM) bagi menjaga keselamatan perairan negara.
- TAUFAN → Mencatatkan kelajuan angin dan perubahan gerakan awan.
- RIBUT → Ramalan kaji cuaca.
- TANAH RUNTUH → Membina benteng berturap,tanam rumput di lereng bukit .
Jumaat, 22 Ogos 2008
Penhindaran & pengelakkan Bencana Alam
Selasa, 19 Ogos 2008
Kejadian 4 musim
Kejadian 4 musim berlaku di sebabkan oleh peredaran bumi mengelilingi matahari.Pergerakan bumi ini adalah mengikut lawan pusingan jam.Peredaran bumi mengelilingi maatahari mengambil masa kira-kira 365¼ hari atau setahun.Peredaran bumi ini seperti ini menyebabkan kejadian 4 musim.
Kejadian 4 musim ini boleh di terangkan melalui gambarajah kedudukan bumi di 4 tempat yang membetuk kejadian 4 musim.
Kedudukan bumi di 4 tempat ini telah mewujudkan Ekuinoks musim bunga pada 21 Mac,Solstis musim panas pada 21 Jun,Ekuinoks musim luruh pada 23 September dan Solstis musim sejuk pada 22 Disember.Kedudukan bumi pada 4 tempat membawa ciri-cirinya yang tersendiri yang boleh dilihat dibawah:
Dengan adanya data-data seprti di atas,kejadian 4 musim boleh dirumuskan sepaerti di bawah:
Ahad, 10 Ogos 2008
Taufan @ Ribut
Taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya memeluwap. Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika, putarannya melawan jam di hemisfera utara dan mengikut arah jam di hemisfera selatan.
Ribut merupakan gangguan atmosfera planet, terutamanya yang mempengaruhi permukaan dan membayangkan cuaca teruk. Ia mungkin ditandai dengan angin kuat, guruh dan kilat (ribut petir), kerpasan seperti hujan dan ais (ribut salji). Ribut boleh berlaku di laut, di darat dan di udara.
Rabu, 6 Ogos 2008
Gempa Bumi
Apa itu gempa bumi.
Gempa bumi merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara mengejut disebabkan perubahan dalam kerak bumi. Perubahan ini menyebabkan tanah bergegar and menghasilkan gegaran yang bergerak keluar daripada titik tumpu gempa. Titik tumpu merupakan lokasi "punca" di dalam tanah di mana tenaga gempa bumi dibebaskan. Lokasi di atas tanah pada titik tumpu gempa bumi dikenali sebagai 'epicenter'.
Gempa bumi lebih kerap dijumpai di kawasan pinggiran plak tetonik, di mana pergeseran antara kepingan kerak bumi atau letupan gunung berapi akan menyebabkan peralihan tanah yang besar. Peralihan tanah yang besar secara mengejut ini akan menyebabkan berlakunya gempa bumi. Antara kawasan yang kerap mengalami gempa bumi adalah sekitar Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik. Negara Indonesia yang merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif dan kawasan yang berhampiran gunung berapi sering turut mengalami gempa bumi.
Punca gempa bumi.
Gempa bumi terhasil oleh proses alam semulajadi mengejut seperti letupan gunung berapi, dan hentaman meteor. Bagaimanapun gempabumi kebanyakannya disebabkan oleh pembebasan mengejut tekanan yang terkumpul dalam tempoh panjang dalam batu jauh di bawah permukaan bumi. Tekanan ini mungkin berpunca daripada pergerakan plat tetonik sepanjang garis rekahan, dan lantunan glasiar yang dikenali sebagai "isostatic".
Kerak bumi boleh membengkok dan berlipat. Ketika proses ini berlaku, batu-batan yang keras akan pecah kepada blok sepanjang zon lemah. Apabila dua bahagian batu berselisih secara melintang atau menegak, pergerakan ini dikenali sebagai "faulting". "Faulting" boleh berlaku pada skala yang kecil atau berskala besar. "Faulting" pada skala kecil biasanya berlaku jauh di bawah tanah dan tidak kelihatan ketara pada permukaan bumi.
Lantunan "Iisostatic" merupakan satu lagi punca gempa bumi. Lantunan "Iisostatic" merujuk kepada tanah yang terbenam ditindih lapisan air batu yang tebal dan berat, melantun naik semula disebabkan lapisan air batu yang terkumpul di bahagian atas telah cair atau beralih. Pergerakan lantunan "Iisostatic" akan terus berlaku, menyebabkan gempa bumi sehinggalah selagi tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.
Gempabumi juga boleh disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembinaan empangan yang berskala besar. Jumlah isipadu air yang terkumpul menyebabkan tekanan tinggi pada lapisan bumi di dasar empangan menyebabkan berlakunya lantunan "Iisostatic" yang menyebabkan berlakunya gempa bumi sehinggalah tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.
Isnin, 4 Ogos 2008
Tanah Runtuh
Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain:
- hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
- Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
- gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction)
- letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
- gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.
- berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
- Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
- pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.
Tsunami
Puting Beliung
Kebanyakan puting beliau mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.[1][2][3]
Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya. Saban tahun, ada nyawa yang terkoban akibat puting beliung.